Hari ni, tanggal 30 November 2006. Episod sedih PLF berulang lagi. Setelah pemergian Shyna dan Taqie baru-baru nie, President Kamarul, Chikah & Abg Mas pula akan melangkah keluar dari PLF. Masing-masing melangkah pergi dengan alasan yang tersendiri iaitu mendapat kerja yang lebih baik dan terjamin.

President Kamarul akan bertugas di anak syarikat Asto sebagai Pegawai Penyelidik, Chikah akan berkhidmat di CIMB manakala Abg Mas akan menyandang jawatan yang diimpikan selama ini iaituPegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Tahniah buat kalian.

Kepada Kamarul, aku tak tau nak cakap apa. Terasa sedih sangat engkau akan keluar dari PLF ni. Iyelah, kita masuk ke PLF nie sama-sama, pada hari dan waktu yang sama dengan Lin dan Wafie . Tup-tup sekarang aku tinggal sorang. Hampir setahun kita kerja sama2 kat library nie, macam-macam pengalaman kita sudah lalui. Moge tugas-tugas kau mengkatalog buku kat PLF nie akan jadi pengalaman yang berharga buat kau. Kalo ada koje kosong nnti, jangan lupa habaq kat aku tau.. Hehe.

Kepada Chikah, walaupun kita baru kenal, tapi rasa macam dah lama. Tiap-tiap hari kita datang dan balik kerje sama-sama. Terime kasih banyak-banyak sebab selalu sposor gula-gula pada akak especially time akak ngantuk. Akak akan ingat gula-gula jagung yang Chikah slalu sponsor tu. Sedap. Hehe. Time kasih jugak untuk cabutan bertuah tadi. Akak dapat jam randiks. Comeyyy. Tengkiu.

Kepada Abg Mas, Tahniah kerana dapat jawatan PTD tu. Tak sia-sia penantian Abg Mas selama ni untuk dapat kerja tetap. Itulah balasan Allah S.W.T bagi hamba-Nya yang sabar. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak juga kerana memperkenalkan PLF ni pada saya. Kalu Abg Mas x habaq kat Abg Nazir ari tu, mungkin hingga saat ini saya masih tidak kenal PLF dan tidak tau keseronokan berada di PLF walaupun sebagai volunteer. Hehe..

Akhir kata..Tahniah skali lagi buat kalian. Moge berjaya mencapai ape2 yang dicita-citakan selama ini.

Advertisements

Bagaimana hendak mengambarkan perasaan ikhlas itu? so hari ni aku nak bercerita pasal ikhlas…bukan ikhlas tapi jauh tu. Ok nikmati la cerita ni dgn seada nya.

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

“Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan
hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut.

“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

“Abang akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir …

“Maaf, apakah abang harus berhenti ?” tanyanya.

“Oh tidak, teruskan …” jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

“Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan isterinya berkata,

“saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya. saya berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang saya dapati kurang …”

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya … bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis …

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?…

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki…

Wallahualam

“Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita,sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH.”

Hari ni aku baru datang keje. Smlm aku amek cuti sebab x berape sehat. Tapi hari ni keadaannya agak lain sikit dari biasa. Syina dah tak ada kat PLF lagi. Syina telah meninggalkan PLF setelah lebeh kurang 5 bulan berkhidmat di sini. Dia akan berkhidmat di PNM. Namun begitu dia sendiri pun maseh tidak pasti di mana beliau akan ditempatkan. (Ala..mana2 tmpt pon pi ajer laa, jnji ada kerje yg terjamin…tak gitu syina?. Hehe). Sekejap jer dah 5 bln. Rasanye macam baru 2 bulan kenal ngan dia nie. Iya laa..ape tidaknya, masa dia baru2 masuk koje dulu take time jugak nak rapat ngan dia. Bila dah rapat, syok pulak kawan ngan dia. Pehni takda lagi kawan sePLF yang duduk satu blok ngan aku lagi. Teringat pulak, masa aku tertinggal kunci rumah aritu, kat umah dia la aku tumpang berbuka. Hehe..malu pulak. Syina memang baik. Kekadang bile ada kemusykilan pasal agama, aku pun tanye jugak kat Syina. 

Satu lagi perkara yang xleh aku lupe ialah aku slalu tumpang keta Myvi Olive Green dia ketika pulang ke rumah. Pi koje saing Duna, balek umah saing Syina. Inilah pertama kali aku merasa naik Myvi. Satu peristiwa yang paling tak buleh aku lupe ialah ketika nak parking keta. Hehe… Selalunye aku lah yang jadi tukang check, sama ada dia parking masuk kotak parking ke tidak. Mula2 tu x bape pass, tapi makin hari makin ok, cayalah Syina. 

Akhir kata, selamat menempuh alam pekerjaan yang baru buat Syina. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. 

Kepada halim pulak, tahniah diucapkan. Moge jadi transcriber yang berjaya selepas ini…

Gambar kenangan ngan taqie di majlis tersebut…

Sekarang pukul 4.51 pm. Aku n kengkawan yg lain baru jer pulang dari majlis sambutan hari jadi staf PLF dan majlis perpisahan untuk YB Taqie kat banquet hall. Walaupun sambutannya agak sederhana, tetapi meriah ngan gelagat rakan2 PLF yang macam-macam kerenah. Hehe. Itulah antara perkara-perkara yang tak akan aku lupakan kat PLF ni. Biasanya dalam tempoh 3 bulan sekali, kami sume akan berkumpul untuk meraikan majlis hari jadi staff dan volunteer PLF.

pc010849.JPG

Minggu ni aku rasa aku lebih banyak termenung kot dari minggu-minggu yang lain.. Tetiba aku terpikir lagi berapa hari saja dah masuk tahun baru 2007. Pergh..sekejap betol masa berlalu. Diam tak diam dah setahun aku dok kat plf nie.Aku terpikir, ape pulak nasib aku tahun 2007 nanti.

Iye lah… umur pun makin meningkat, tapi koje tetap takde lagi.. Uwaaaaaaaa..sedihnye. Hazlin, Wafie, Reza, Haswaty and Mawar sumer dah dpt koje baru.. Aku bile lagi agaknye. Susahnye nak dapat kerje skrg nie.. Bukan aku x carik, carik jgk.. Tapi dalam masa yang sama aku pun dalam dilema sebab terikat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia,KPM. Karang tak pasal pasal kena bayaq RM 60 ribu.. Tak sanggup aku. Lebih baik aku berkhidmat dengan KPM 4 tahun dulu, then InsyaAllah aku akan cuba upgrade lagi pekerjaan aku.. InsyaAllah kalau umur panjang dan ada rezeki.

Kontrak aku abeh maybe bln 12 nie. Pehtu..aku rasa InsyaAllah leh sambung lagi. Tapi bila aku fikir kembali, takkan aku nak dok kat PLF nie selamanya. Dok bwh bahagian Acquisition kat library plf nie mmg syok.. Xbape pressure. Alhamdulillah. Bos pun jenis happy happy..janji koje jalan n siap.. Jgn tak siap plk sudah ler. Bos mana yang tak marah kan???.Betul tak? Hehe.

Bukannya aku tak bersyukur. Aku bersyukur sgt sebab masih ada kerja dan diterima bekerja di PLF ni berbanding ramai lagi graduan kat luar sana yang masih menganggur dan tak ada kerje langsung…Tapi aku pun ingin masa depan yang terjamin jugak…

Doa aku setiap hari memang tak putus-putus. Moge satu hari nanti Allah SWT akan perkenankan jugak doa aku untuk dapat kerja yang betul dan tetap. Begitu juga kawan2 PLF yg senasib dengan aku.. Shimie, Kamarul, Abg Mas, Som,Taqie, Syika, Amien, Huda, Suzie, Halim dll. Moga kalian jugak dapat kerje yg best2 dan tetap suatu arie nanti..

Amiiin………

 

smiley.png

Daily life can be made happier. It is a matter of choice. It is our attitude that makes us feel happy or unhappy. It is true, we meet all kinds of situations during the day, and some of them may not be conductive to happiness. We can choose to keep thinking about the unhappy events, and we can choose to refuse to think about them, and instead, relish the happy moments. All of us constantly go through various situations and circumstances, but we do not have to let them influence our reactions and feelings.

If we let outer events influence our moods, we become their slaves. We lose our freedom. We let our happiness be determined by outer forces. On the other hand, we can free ourselves from outer influences. We can choose to be happy, and we can do a lot to add happiness to our lives.

Here are a few tips for increasing happiness in daily life:

1) Endeavor to change the way you look at things. Always look at the bright side. The mind may drag you to think about negativity and difficulties. Don’t let it. Look at the good and positive side of every situation.

2) Think of solutions, not problems.

3) Listen to relaxing, uplifting music.

4) Watch funny comedies that make you laugh.

5) Each day, devote some time to reading a few pages of an inspiring book or article.

6) Watch your thoughts. Whenever you catch yourself thinking negative thoughts, start thinking of pleasant things.

7) Always look at what you have done and not at what you haven’t.

8) Each day do something good for yourself. It can be something small, such buying a book, eating something you love, watching you favorite program on TV, going to a movie, or just having a stroll on the beach.

9) Each day do at least one act to make others happy. This can be a kind word, helping your colleagues, stopping your car at the crossroad to let people cross, giving your seat in a bus to someone else, or giving a small present to someone you love. The possibilities are infinite. When you make someone happy, you become happy, and then people try to make you happy.

10) Always expect happiness.

11) Do not envy people who are happy. On the contrary, be happy for their happiness.

12) Associate with happy people, and try to learn from them to be happy. Remember, happiness is contagious.

13) Do your best to stay detached, when things do not proceed as intended and desired. Detachment will help you stay calm and control your moods and reactions. Detachment is not indifference. It is the acceptance of the good and the bad and staying balanced. Detachment has much to do with inner peace, and inner peace is conductive to happiness.

14) Smile more often.

Ari nie masuklah ari pertama pada bulan November 2006..aku baru nak cuber2 wat blog sendiri. Explore sendiri.. Sebenarnye niat kat hati memang dah lama nak ada blog sendiri, tapi..ntahlaa rase malas la pulak. Macam susah jer.. Tp, bile tengok hampir sumer member kat plf nie dah ada blog sendiri, rasa teruja pulak. Tambahan pulak bile Munmon and Cik Nan slalu menggalakkan anak-anak buahnye ada blog sendiri..Hehe.. Cuber punye cuber..inilah hasilnye, maka wujudlah blog yang diberi title Nur_alyesha’s Diary”.So sape2 yang tengok blog aku nie..aku ucapkan welcome to Nur _alyesha’s Diary.

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!